pmpmb's FotoPage

By: pmpmb moderator

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 24-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis BBQ PMPMB Summer 2005

antara yang hadir...
ada daging melompat dalam baju ni agaknyer..
sedap betul....
View all 18 photos...
Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Birmingham (PMPMB) ditubuh dan didaftarkan pada tahun 2002. Objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan diantara para pelajar dan pekerja dari Malaysia yang berada di Birmingham. Biar pun berada beribu batu dari tanah air kerinduan terubat kerana kesibukan beraktiviti sesama ahli. PMPMB dengan restu pihak Kedutaan Malaysia dan Malaysian Student Department (MSD) telah berjaya mengadakan berbagai aktiviti terutamnya dalam menubuhkan Sekolah Malaysia Birmingham (SMB) dan aktiviti lain seperti Kejohanan Golf Malaysian Masters di Belfry serta Birmingham Football Winter Invitation.

Untuk program kerohanian pula PMPMB telah mengadakan majlis ilmu yang dinamakan Majlis Halaqah Tafaquh yang diadakan setiap dua minggu. Majlis ilmu ini memberi peluang kepada ahli untuk mendalami ilmu akhirat disamping bertukar tukar pendapat dalam hal keagamaan. Disamping itu berbagai program lain diadakan seperti BBQ dan Camping.

Pada kali ini, saudara Azuan Jamaludin telah bermurah hati untuk menjadi tuan rumah pada majlis BBQ. Walaupun persiapan hanya ala kadar tetapi pihak persatuan berjaya mengumpulkan hampir 85% ahli untuk bersama sama menhadiri majlis ini. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini pihak persatuan akan dapat menarik lebih ramai lagi untuk menyertai PMPMB.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net